.
Valentine ? Hari Kekasih ? Jangan sambut !
Sunday, 3 February 2013 | 12:51 pm | 0 comments


Hari ni saya nak kongsikan pasal "Hari Kekasih" Atau "Valentine Day". Okay jom kita mulakan. Ohh, ya sebelum tu, credit to: Aien :)

Valentine day tu bukan PERAYAAN ISLAM dan sesungguhya hari valentine juga merupakan perayaan kaum kafir. Mahukah kita sebagai umat Islam sama-sama tergolong dalam golongan kafir laknatullah?Nauzubillah .

Jom kita fahami erti sebenar VALENTINE DAY.

Sejarah Hari Valentine..
Berdasarkan sejarah, Valentine ialah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.
Dia antara individu yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.
Sebab itu, ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Sesiapa yang merayakannya seolah-olah mereka gembira dan merestui kekalahan umat Islam di Sepanyol.
Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Itu sebabnya umat Islam perlu sensitif dan mengambil berat isu ini supaya ia tidak dijadikan amalan atau jalan untuk cuba meraikannya walau dengan apa cara sekalipun.
Sepatutnya budaya negatif Barat seperti menikmati hiburan dan keseronokan secara berlebih-lebihan itu tidak wajar diikuti. Jangan dibiarkan budaya dan tatacara Islam dipinggirkan dengan mengagung-agungkan budaya ciptaan yang boleh meruntuhkan bangsa dan identiti negara.
Ibu bapa perlu memainkan peranan memantau aktiviti dan hubungan sosial anak-anak dalam memastikan mereka tidak menghadiri sebarang sambutan Hari Kekasih.
Pendapat lain mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.
Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bernama Juno Februata. Pada hari itu, pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak itu secara rawak.
Nama gadis yang dicabut akan menjadi pasangan dan hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.
Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom paling gagah bagi menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Selepas itu, perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu akan memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut menerima pukulan kerana menganggapnya bagi menambah kesuburan mereka.
Justeru, remaja Islam negara ini diharap tidak mengagung-agungkan sambutan Hari Kekasih kerana ia mendorong mereka terjerumus ke lembah maksiat.
Masyarakat Barat mungkin beranggapan dengan cara itu umat Islam boleh dilalaikan dan mereka akan terdorong melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan maksiat dengan pasangan tanpa batasan.
Agenda itu memberi kejayaan besar kepada mereka kerana mampu mengatur umat Islam mengikut acuan mereka. Situasi itu akan mendorong kepada pembentukan akhlak dan peribadi yang buruk kepada generasi muda apabila terdedah dengan perbuatan tidak sihat.
Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar selagi itulah anasir luar cuba memesongkan hala tuju ummah agar kecundang. 

Nota Sampingan : Hukum menyambut Valentine Day adalah HARAM ! 
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116) 

Wallahualam. ^^ :)
Sincerely, HnshAsri.


Semoga.Perkongsian.Ini.Memberi.Manfaat.Kepada.Kita.Semua.♥.


Bakal Jenazah ●
✿ JIka kita ingin mengubah kehidupan kita esok hari tentukan fikiran dan emosi kita berbeza pada hari ini. ✿
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Navi ▼

About Affies Entries

Sharing Is Caring ▼
♥ Your 's IP ADDRESS

Followers ❤


SYUKRAN ♥
Template by : AinaAina
Background and Cursor by :
Header and Other by :
Full Editor :
Best View :

+Follow | Dashboard