.
Tabahkan hati dalam mengharungi setiap Ujian-Nya.
Monday, 3 December 2012 | 10:57 pm | 0 comments


Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat , hingga kita terduduk dan menangis . Peritnya rasa hanya Allah yang memahami . Tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri , mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak kerana langkah-langkah yang kita atur tersasar dari jalan-Nya tanpa kita sedar . Semoga tabah dan tetapkan iman . Biarlah kita keseorangan tanpa berteman . Biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah . Tapi , jangan biarkan hatimu sunyi tanpa sepotong ayat suci AL-QURAN .

Tanpa kita sedar sebenarnya Ujian ni memberi kita kekuatan dalam diri. Memberi kita pelbagai jenis pengalaman yang mungkin tidak akan tercipta buat kali keduanya. Dari jauh Allah nak beri kita kasih sayang dengan berinya melalui pelbagai Ujian kepada kita. Tapi ada kita nampak semua tu? Ada kita nak bertaubat? Ada kita nak ingat dekat kita? Ada ada ada? Allahu. :/ Kadang-kadang je kita ingat Dia. Padahal tiap masa Dia ada dengan kita. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa ku ini. 

Ya Allah,peliharalah hatiku.Sucikanlah ia dari dosa-dosa silam dan penyakit-penyakit hati sepertimana Kau sucikan bumi ini dgn air hujanMu. Ya Allah, terangi wajah dan hatiku dengan keimanan kepadaMu sepertimana Kau terangi bumi ini dengan matahariMu. Ya Allah, pimpinlah tanganku ke jalanMu ya Allah sepertimana Kau pimpin kekasih-kekasihmu, wali-walimu, dan orang-orang beriman ke jalanMu.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah. Okay lah Assalamualaikum, .
Sincerely, HnshAsri.


Semoga.Perkongsian.Ini.Memberi.Manfaat.Kepada.Kita.Semua.♥.


Bakal Jenazah ●
✿ JIka kita ingin mengubah kehidupan kita esok hari tentukan fikiran dan emosi kita berbeza pada hari ini. ✿
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Navi ▼

About Affies Entries

Sharing Is Caring ▼
♥ Your 's IP ADDRESS

Followers ❤


SYUKRAN ♥
Template by : AinaAina
Background and Cursor by :
Header and Other by :
Full Editor :
Best View :

+Follow | Dashboard